BERKAT BAHAGIA BERJAYA

BERSAMA AL-QURAN

PENGIKTIRAFAN

FEATURED ON

APA KATA MEREKA

KENAPA PENTING AL-QURAN DALAM HIDUP

Petunjuk Hidup

Al-Quran adalah petunjuk hidup yang lengkap dan komprehensif.

khatam al-quran

Mengajarkan Moral dan Etika Hidup

Al-Quran membimbing individu untuk mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.

Medium Komunikasi dengan Allah

Al-Quran adalah medium komunikasi antara manusia dengan Allah.

"FOUNDER STORY"

“Kisah Kejayaan Ustaz Anas Azami: Membimbing Masyarakat Dengan Kaedah Azdan”

Pemuda bernama Anas Azami, seorang lulusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jurusan Al-Quran & Sunnah. Berimpian besar untuk membawa Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Impian ini bermula setelah menghadapi tragedi ahli keluarga yang menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan menyayat hati. Ustaz Anas mula menyusun strategi dengan impian besar untuk membina pusat Al-Quran yang membuka pintu ilmu agama untuk semua.

Ustaz Anas Azami memulakan usahanya dengan langkah kecil, belajar dari bawah dan mengekalkan hasrat untuk memberikan bimbingan pengajian Al-Quran kepada dewasa. Beliau menghasilkan modul dan kaedah yang mudah difahami, dikenali sebagai Kaedah Azdan. Dengan semangat ini, Ustaz Anas mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar dan kelas-kelas kecil, mula  membuka pintu ilmu untuk mereka yang ingin menyempurnakan bacaan Al-Fatihah.

Cabaran besar muncul apabila Pandemik Covid-19 mula melanda ke pelusuk dunia. Ustaz Anas tidak menyerah; sebaliknya, beliau mengubah strategi dan memperkenalkan pengajian Al-Quran secara atas talian. Langkah ini membuka peluang baharu dan menghubungkan lebih ramai orang mendalami  ilmu Al-Quran.

Semenjak itu, kejayaan datang bukan sahaja dengan jumlah peserta yang meningkat, tetapi Ustaz Anas Azami juga menerima pengiktirafan yang tinggi. Beliau mencapai kejayaan bantu lebih daripada 30,000 orang dewasa belajar mengaji, dan Azdan Quranic Center menerima anugerah yang tinggi seperti Malaysia Prestigious Industry Award 2021, World Halal Bestbrands E-Branding Awards 2021, dan SME & Entrepreneurs Business Awards 2021 dalam kategori “Most Innovative In Islamic Learning.”

Malah, Ustaz Anas Azami tidak berhenti di situ. Kini, Azdan Quranic Center berjaya membuka 9 cawangan pusat Quran di sekitar Lembah Klang & Seremban. Dengan 60 kakitangan di bahagian pengurusan termasuk guru, impian Anas untuk membawa sinar Al-Quran ke seluruh komuniti telah menjadi kenyataan.

Dalam penutup yang membahagiakan, Ustaz Anas Azami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya dalam perjalanan ini. Beliau melihat ke hadapan dengan hasrat untuk terus membantu lebih ramai orang dewasa mengejar ilmu agama.

Kisah Ustaz Anas Azami memberikan inspirasi kepada semua yang mengimpikan sesuatu yang besar dan membuktikan bahawa kejayaan datang kepada mereka yang tekun dan berusaha

STATISTIK

0
PELAJAR
0
GURU
0 +
MASA MENGAJAR
0
PROGRAM
0
PENGIKUT MEDIA SOSIAL

Guru Bertauliah

Lebih daripada 20 barisan asatizah menerima ilmu Al-Quran & kemahiran mengajar dengan kaedah AZDAN. Berpengalaman, mesra serta bersanad dan telah berjaya mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Negeri.

Sesuai Untuk Semua

Sesuai untuk semua peringkat umur : seawal 6 tahun hingga 80 tahun keatas untuk mengaji Al-Quran.

Sijil Khas

Sijil Penyertaan dan tamat pengajian akan diberikan kepada mereka yang berjaya mengikut semua sesi pengajian dengan cemerlang.

Modul Pengajian Khas

Modul yang direka khas menikut tahap pengajian semasa pelajar.

PROGRAM

Bimbingan Mengaji

Program Bimbingan Al-Quran terbuka kepada dewasa & kanak-kanak secara atas talian & bersemuka menggunakan Kaedah AZDAN.

Bimbingan Tarannum

Bimbingan berfokus Ilmu Asas Tarannum menggunakan Kaedah Terbaru AZDAN.

Sijil Kerjaya Al-Quran

Melahirkan Murobbi yang boleh mengajar pelajar dalam jumlah yang besar sama ada dalam kelas mahupun seminar Al-Quran.

Corporate Training

Membantu menyediakan platform pengajian Al Quran menggunakan Kaedah Azdan di sektor Agensi Kerajaan & Swasta.

Umrah Kembara Jiwa Quran

Nikmati pengalaman program Talaqqi dan Khatam Al-Quran di Tanah Suni serta pelbagai pengisian menarik sebagai Kembara Jiwa Quran.

PRODUK

Al-Quran AZDAN

Set Solat Auliya

Set Flash Card

Pendrive

TESTIMONI

Mereka sudah,

anda bila lagi?